Pernah tak anda jumpa
jenama-jenama produk ini? Rasanya Blackmores dan Appeton mungkin sudah biasa
pada anda terutama bila anda biasa pergi ke farmasi seperti Guardian, Watson
dan farmasi yang berdekatan dengan rumah anda. Kebiasaan memang setiap farmasi
pasti akan ada juga produk ini walaupun sedikit.
FOLIC ACID APPETON
Folic Acid Appeton sudah
menjadi sebahagian daripada pengambilan saya sebab tahu pun daripada rakan yang
berjaya hamil. Mereka menyarankan agar mengambil folic acid ini bermula
daripada 3 bulan merancang hamil. Folic acid juga bagus diambil suami isteri,
bukan sahaja isteri, suami pun sangat digalakkan untuk mengambilnya. Sebenarnya
bermula sebulan selepas kahwin, saya sudah mengambilnya dan sebab itu juga lah
badan saya bagai dipam-pam sebab pada tubuh saya, ia penyebab kepada keinginan
makan saya yang tak terkawal,asyik rasa lapar sahaja.
Anda boleh pergi ke blog
Dr.Zubaidi dengan klik ke link di bawah berkaitan dengan folic acid:
SHATAVARI HIMALAYA
Shatavari Himalaya, salah satu daripada produk yang boleh membesarkan
dan mematangkan telur. Sekiranya anda PCOSer, sangat baik untuk anda kerana
ramai juga PCOSer yang berjaya dengan herba Shatavari ini. PCOSer adalah mereka
yang tergolong di kalangan yang lambat ovulasi dan period tidak tetap tetapi
ada juga PCOSer yang periodnya tetap cuma telurnya tidak berapa matang untuk di
senyawakan.. Allahualam. Selama saya mengamalkan Shatavari Himalaya,
Alhamdulillah, walaupun belum berhasil namun hasil lain, memang boleh ovulasi
cepat, period jadi semakin pendek. Sekarang saya sudah tidak amalkan sebab
sedang mencuba produk lain. Tetapi apa saya boleh katakan, Shatavari Himalaya
antara salah satu produk yang bagus.
MULTIVITAMIN BLACKMORES
Multivitamin Blackmores, nama pun multi, sudah tentu semua vitamin
dah cukup dalam satu tablet. Tidak perlu susah-susah buka banyak-banyak botol
vitamin kerana di dalam multivitamin sudah ada kesemuanya tetapi kalau anda
rasa nak tambah vitamin tiada masalah tetapi jangan sampai terlebih dos sudah.
Multivitamin ni bukan ubat kesuburan tapi ia menyokong untuk pembentukan janin
sedari awal lagi, atau ia boleh membentuk telur ovum dan sperma yang cantik dan
sempurna. Sperma pun bukan keluarnya semua baik-baik, ada yang cacat juga,
kalau cacat bagaimana nak menembusi telur ovum? penggunaan multivitamin
blackmores pada saya tak dapat saya katakan bagaimana sebab pada saya biasa
sahaja tapi tidak tahulah kalau ia sudah membantu apa yang ada di dalam tubuh
saya. Sekarang saya sudah bertukar kepada multivitamin yang lain setelah makan
produk ini hampir 3 bulan. Apakah produk multivitamin itu? Nantikan untuk part
akan datang..In shaa Allah.
Welcome to Slots.lv Casino Roll
BalasPadamSlots.lv 유흥 싸이트 Casino 무료 슬롯 머신 offers its 한게임포커머니상 players the chance to enjoy a vast selection of free games 카심바 from the industry's top 해축 보는 곳 casino providers. All you need to do is register