Part 2
Saya sedar saya memang dah gemuk,tambah diri ni rendah.
Tengok gambar kahwin balik dah macam penguin pun ada. Suami tak nak kecilkan
hati, asyik cakap ‘tak apa, tak apa, sayang dah okey dah, abang tetap sayang’. Di
pejabat sahaja, ada mulut-mulut yang tegur, ‘eh, dah gemuk awak sekarang.Dah
pregnant ke?’..Allah, masa ni mencabar, kalau betul pregnant tak mengapa. Lebih
membuat saya berfikir adalah bila teringat doktor tu cakap, ‘macam mana awak
nak pregnant bila awak gemuk macam ni’. Sentap sangat tau,rasa nak menangis
situ-situ juga. Period sudahlah susah nak datang walaupun dah makan ubat turun
darah doktor bagi. Nama ubat tu Sonulut..
Alhamdulillah, jumpa satu group dalam FACEBOOK namanya Group Kelab
PCOS, itu pun kawan yang bagitahu dan dari situ, saya tahu ada satu diet yang
boleh turun cepat (saya tahu lama dan dah join tapi buat sekerat jalan masa
selepas bertunang tu) dan ramai yang berjaya hamil selepas buat diet tu. Nama diet
tu, DIET ATKINS.
Sumber: Google
Saya explore balik group Diet Atkins ni dan kali ni saya
benar-benar tekad nak kurus! Step pertama adalah dengan mengkaji makanan pada
fasa 1. Kalau tiada ketahanan hati dan semangat memang tak boleh tambah kalau
dah jenis kuat makan. Alhamdulillah, saya tak tahap kuat makan nasi tapi tahap
kuat minum air manis. Tekad, jauhkan diri daripada MANIS! Hari-hari penuhkan
air masak dalam botol dengan kadar sehari 3 liter.
Di pejabat saya mulakan lunch dengan lauk pauk yang sesuai,
yang tiada manis tapi pagi saya ambil ayam goreng, telur tak lalu ambil setiap
pagi. Kalau hari cuti mudah sebab boleh masak kita tahu apa benda yang bahannya
masuk. Memang terkebelai (tak bermaya) juga lah sebab ketosis sedang ambil
alih. Paling semangat, saya beli penimbang dan bila timbang, turun dan menurun.
Turun lebih cepat sebab saya juga workout dalam rumah (lepas balik kerja) dan
berpuasa tambah puasa ganti sebab masa tu lagi dua bulan nak puasa, bagus puasa
ganti cepat-cepat.
Sumber: Google
Akhirnya, period saya turun! Alhamdulillah, bersyukur sangat
sebab tak sabar nak mula TTC semula. Tapi selepas atkins ni, period saya jadi
cepat, hari ke-19 dah period. Setelah ke-19, hari ke-23 dan hari ke-26, sampai
jadi hari ke-31, proses pembetulan balik.
Saya juga pengguna OPK tegar, pernah jumpa hari subur pada
hari ke-7 sebab period 3 hari sahaja. Bila dapat terang dua-dua line, melompat
gembira macam UPT yang double line. Saya berjaya turunkan sebanyak 13kg dalam
sebulan setengah walaupun target sebanyak 20kg. Tapi berat saya dah cecah tahap
berat normal yang hujung-hujung,boleh lah..
Sumber: Google
Kesannya, berat saya maintain tapi kadang-kadang turun sebab
saya terbiasa tak ambil nasi, jadi tak gaduh nak makan nasi cuma manis je
kadang-kadang tu langgar tapi boleh kawal lagi tambah air masak dah jadi
peneman setia begitu juga toilet, asal minum nak ke toilet ~sigh~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan