Ya Allah, saat saya sedang menaip ni,air mata masih belum
kering. Jika saya rasa ujian saya dah terlalu berat, sebenarnya ada yang lebih
berat lagi. Saya mendoakan agar beliau mendapat kekuatan, berjaya melahirkan
anaknya dan suaminya benar-benar berubah menjadi seorang suami yang beriman.
Alkisahnya kisah ini saya terbaca di Group Endometrisis kat
Facebook, suami beliau memberi limit agar beliau hamil sehingga hujung bulan Disember
2014 setelah 9 tahun berkahwin dan beliau tidak juga hamil. Apakah kurangnya
iman seorang pemimpin rumahtangga sehingga meletakkan hukuman di bahu sang
isteri? Allahuakbar!! Sungguh, menitis air mata saya tatkala tiba di ayat, ‘jika
tidak berjaya, saya akan diceraikan dengan talak 3’..
Anak Anugerah Dari Ilahi
Anak itu adalah rezeki, rezeki itu adalah datangnya daripada
Allah SWT bukan pada kita sendiri. Kalau kita sudah berdoa, berusaha, tawakal,
kita juga disuruh agar redha dan tidak berputus asa. Itu baru 9 tahun, ada yang
lebih hebat hampir 16 tahun dan Alhamdulillah, berjaya juga memiliki zuriat
sendiri. Sedangkan Nabi pun diuji, inikan pula kita hamba biasa. Dayus lah
seorang suami yang tidak ada iman dalam dirinya.
DOA PEMBUKA REZEKI
Sahabat seperjalanan, mari kita kuatkan doa kita, doa bukan
sahaja agar dikurniakan zuriat tetapi kita sama-sama doakan agar kita
dikurniakan iman yang kuat, suami yang beriman dan untuk kebahagiaan
rumahtangga kita. Dunia semua ini sementara, yang kekal itu akhirat sana. Allah
sudah menjanjikan syurga buat hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Allah..Allah..Allah..semoga dengan kisah sebegini,
memberikan kita perasaan syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memiliki suami
yang baik pegangan agamanya.
DOA BAHAGIA SUAMI ISTERI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan